Thursday, December 22, 2011

Apam Belang or Kek Belang

Hari ni saya akan share satu resepi kegemaran kami sekeluarga iaitu APAM BELANG tapi saya suka menamakannya KEK BELANG kerana teksturnya yg lembut macam kek la....Jom kita intai2 resepinya pulak.


APAM BELANG
by: Azlita
sumber: ucu faridah


4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan
1 sudu teh baking powder
pewarna

Caranya:

Pukul telur dgn ovellet sampai gebu.
Masukkan santan & esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warba yg di sukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

ni lah rupanya Apam Belang kita yang telah dipotong. Cantikkan!!!! My comment cantik dan sedap.
Banyak jugak kawan2 kat FB yang bertanyakan cara2 nak membelang Kek Belang ni, oleh itu Yati tunjukkan kat sini cara Yati membelangkan Kek Belang ni.


Adunan apam tu Yati bahagikan kepada 4 warna.
1. 1 sudu besar sirap ros
2. 1 sudu kecil choc paste
3. 1 sudu kecil sirap ros ( yg ini akan jadi warna pink)
4. Warna asal


1. Yati guna loyang empat segi 9 inci (boleh juga guna loyang bulat 9 inci). Loyang disapu butter dan dilapek kertas alas cake. Sediakan satu papan pemotong atau buku yg tebal anggaran 2 cm. Letakkan loyang sendeng seperti dalam gambar di atas.

2. Tuangkan lapisan pertama di hujung loyang (bahagian yg rendah tiada lapek papan) sebanyak 3 sudu besar(gambar 2). Kemudian tuangkan adunan kedua warna merah ros gelap betul2 di atas warna coklat tadi sebanyak 3 sudu juga (gambar 3). Kemudian tuang pula warna asal (gambar 4) Last sekali tuang pula warna pink. Ulang kaedah yang sama sebanyak 3x.(hasilnya seperti gambar 5) Kemudian ulang proses yg sama tetapi dikurangkan sukatan sebanyak 2 sudu besar sahaja. Ulang proses yang sama sehingga habis.

3. Tutup adunan dengan aluminium foil (takut air kukusan menitik atas adunan nanti spoilt pulak)

4. Kukus adunan selama 30 minit( sebelum kukus tu nyalakan api sehingga bekas kukusan betul2 panas)

5. Dah 30 minit siaplah kita punya Apam Belang.

Tuesday, December 13, 2011

First time Blogging!!!!!!

Welcome to the World of Blogger....kalau FB tu dah lama dah ini first time ada blog tu pun anakku Nuha yg create this blog....hai budak2 la ni lagi terror dari mama dia. Tujuan saya adakan blog ni adalah untuk menyimpan semua resepi yg telah dicuba dan juga untuk rujukan anak cucu bila mama dah tak ada nanti.


Sebelum ke resepi kita kenal2 dulu. Saya Norhayati bt Ramli, berkelulusan Diploma in Accountancy dari UiTM, pengalaman bekerja lebih dari 10 tahun dan sekarang menjadi surirumah sepenuh masa demi anak2 tercinta. Saya berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Kulim.


Ini pula suami saya Ismail bin Mat Rejab. Kami berkahwin pada 28/11/1998 dan dikurniakan 4 orang cahayamata, 3 perempuan dan seorang lelaki.



Anak sulung saya bernama Nur Nuha. Beliau berumur 12 tahun. tahun depan Form 1 hai sekejap je dah jadi nak dara sunti anak mama ni.Nuha bercita2 nak jadi Arkitek. Habih diselongkarnya software Arkitek kat internet tu & of cos la try software tu. Alamak cam na nak pusing gambo ni .....Nuha!!! tolong mama... hai anak dara sekor ni p mana pulak??? Tak pa la nanti2 kita betulkan gambo ni.


Nur Huda nama anak kedua saya.Sekarang dia berusia 10 tahun , tahun depan darjah 5 beliau bersekolah di Sek Keb Taman Hi-Tech, Kulim. Bercita2 nak jadi Interior Designer. Hai Huda you design bilik you tu dulu bagi kemas2 kalu tak mama tak kasi jadi Interior Designer jadi Cikgu sekolah udah le.


Ini pulak anak bujang yg sorang. Namanya Isma Aqil. Beliau berusia 7 tahun. Tahun depan dah darjah 2 di sekolah yang sama dengan kakaknya. Beliau juga bercita2 nak jadi Arkitek. Sedari usia 4 tahun lagi beliau begitu gemar melukis. Balik sekolah hari2 asyik melukis je kerjanya, ada satu hari tu dia lukis dia bagi tau I "mama tau ni Aqil lukis Aqil tengah berak kat jamban" issshhh budak ni gambo berak pun dilukisnya.


Ini pulak si comel Nur Dini. Budak ni paling banyak cakap kat rumah, tapi bila suruh p sekolah tak mau pulak. Bila tanya esok besar nak jadi apa?? Pandai pulak jawab Dini nak jadi Doktor.....kena p sekolah dulu belajar pandai2 baru boleh jadi Doktor cik Dini oooiii.....