Hari ni saya akan share satu resepi kegemaran kami sekeluarga iaitu APAM BELANG tapi saya suka menamakannya KEK BELANG kerana teksturnya yg lembut macam kek la....Jom kita intai2 resepinya pulak.
APAM BELANG
by: Azlita
sumber: ucu faridah
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanilla
300 gm tepung gandum
220 gm gula halus
250 ml santan
1 sudu teh baking powder
pewarna
Caranya:
Pukul telur dgn ovellet sampai gebu.
Masukkan santan & esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warba yg di sukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
ni lah rupanya Apam Belang kita yang telah dipotong. Cantikkan!!!! My comment cantik dan sedap.
Banyak jugak kawan2 kat FB yang bertanyakan cara2 nak membelang Kek Belang ni, oleh itu Yati tunjukkan kat sini cara Yati membelangkan Kek Belang ni.
Adunan apam tu Yati bahagikan kepada 4 warna.
1. 1 sudu besar sirap ros
2. 1 sudu kecil choc paste
3. 1 sudu kecil sirap ros ( yg ini akan jadi warna pink)
4. Warna asal
1. Yati guna loyang empat segi 9 inci (boleh juga guna loyang bulat 9 inci). Loyang disapu butter dan dilapek kertas alas cake. Sediakan satu papan pemotong atau buku yg tebal anggaran 2 cm. Letakkan loyang sendeng seperti dalam gambar di atas.
2. Tuangkan lapisan pertama di hujung loyang (bahagian yg rendah tiada lapek papan) sebanyak 3 sudu besar(gambar 2). Kemudian tuangkan adunan kedua warna merah ros gelap betul2 di atas warna coklat tadi sebanyak 3 sudu juga (gambar 3). Kemudian tuang pula warna asal (gambar 4) Last sekali tuang pula warna pink. Ulang kaedah yang sama sebanyak 3x.(hasilnya seperti gambar 5) Kemudian ulang proses yg sama tetapi dikurangkan sukatan sebanyak 2 sudu besar sahaja. Ulang proses yang sama sehingga habis.
3. Tutup adunan dengan aluminium foil (takut air kukusan menitik atas adunan nanti spoilt pulak)
4. Kukus adunan selama 30 minit( sebelum kukus tu nyalakan api sehingga bekas kukusan betul2 panas)
5. Dah 30 minit siaplah kita punya Apam Belang.



No comments:
Post a Comment